Click here for English language version
Kali ni (pada 30 Julai 2017), saya nak cerita tentang produk untuk merawat jerawat dengan cara sapuan pada tempat bermasalah.
Kali ni (pada 30 Julai 2017), saya nak cerita tentang produk untuk merawat jerawat dengan cara sapuan pada tempat bermasalah.
OXY5 Acne Pimple Medication (Regular)
Produk tersebut ialah OXY5 Benzoyl Peroxide Regular yang saya gunakan sekarang. Ini adalah rupa bentuk kotak OXY5 Benzoyl Peroxide Regular untuk jerawat biasa. Tapi saya guna untuk jerawat batu. Saya beli di farmasi biasa kat pekan terdekat aje pada harga RM12.60. Sangat murah!
Jika anda mengikuti kisah saya sebelum ni (sedang mencuba produk Mary Kay untuk memulihkan muka yang sering naik jerawat ni), anda mesti tahu yang saya sedang mengalami krisis penyembuhan (healing crisis) yang menyebabkan jerawat lebih banyak keluar. Jadi, mulai bulan kedua penggunaan Mary Kay, saya mula tempek OXY5 Regular ni kat jerawat-jerawat degil selepas basuh muka bersih-bersih dan sapu pelembap. Pelembap yang saya gunakan adalah Mary Kay Oil-Free Hydrating Gel (OFHG). Bagi kulit saya, wajib sapu pelembap dulu pada muka dan biarkan kering seketika. Barulah boleh tempek si OXY5 ni di jerawat-jerawat tu untuk elak daripada kering melampau dan mengelakkankesan PARUT juga. Kulit yang mempunyai kelembapan yang ideal boleh kurangkan risiko parut hitam dan mempercepatkan proses parut hilang nanti.Seminggu pertama guna OXY5 ni saya mula rasa bosan, tiada perubahan. Malah ada jerawat yang jadi makin besar meradang. Saya pun berhenti penggunaan selama seminggu juga. Selepas baca ulasan produk di blog-blog pengguna lain, ramai juga yang kata berkesan dengan kulit mereka. Saya pun cuba lagi sekali. Wah, ada perubahan selepas beberapa hari! Rupanya, saya baca, benzoyl peroxide ni biasanya amik masa 48 jam untuk bunuh bakteria akne tu. Benzoyl peroxide tidak membunuh kuman secara langsung, tetapi membebaskan oksigen atau "makanan kuman" lalu kuman tu pun mati. Maknanya, selepas 48 jam atau 2 hari tu, baru lah jerawat mula mengecut apabila bakteria mati.
Yang paling bagusnya, bila letak OXY5 kat jerawat-jerawat putih tak bermata macam gambar bawah ni, lama-lama dia membengkak dulu dan jadi ada mata tiba-tiba (pori terbuka). Pastu lama-lama sembuh. Dua tiga hari juga la ambik masa setiap perubahan tu. Pastu tinggal parut la....adoi, pasrah. Tapi lama-lama (seminggu) parut tu pun mula pudar.
RUTIN SAYA:
Bagi saya, lambat juga nak nampak kesan OXY 5% ni tetapi berkesan jika guna hari-hari. Bukan jenis tempek malam ni, esok terus hilang la. Harga pun murah kan. Tapi agak berkesan la jika penggunaan konsisten dan patuh arahan. Ini adalah rutin penggunaan OXY% yang saya amalkan:
1) Basuh muka dengan pencuci muka dan lap sampai kering.
2) Sapu pelembap pada seluruh muka terutama kawasan jerawat
3) Sapu losyen OXY5 ni pada semua jerawat yang ada. Saya sapu semua jenis jerawat, kecuali pada blackheads dan whiteheads kecik-kecik tu sebab tak nak keringkan muka. Kalau sapu kat whiteheads kecik dan blackheads jadi macam sapu seluruh muka la pulak, sebab banyak beribu-ribu kan!
4) Saya hanya guna OXY5 pada awal pagi selepas rutin cuci muka pagi, sebab saya jarang keluar rumah. Kalau nak keluar, saya sapu nipis sahaja dan pastu pakai foundation dan bedak. Tiada masalah jika OXY5 tu hanya dioles nipis.
5) Pada malam hari selepas isyak atau sebelum tidur, saya ulang semua langkah di atas. Kiranya saya guna dua kali sehari.
6) JANGAN TERLEBIH GUNA atau overdose. Ikut arahan!
APA JADI KALAU OVERDOSED???
Saya pernah overdose selama seminggu. Habis muka kering menggelupas (pipi dan dagu) dan ada tompokan merah pada kawasan kejiranan jerawat. Sebab saya sapu 24jam kat muka. Asal basuh muka lepas solat, saya sapu OXY5. Memang selalu ada tompokan putih losyen OXY5 pada muka la kiranya. Memang OVERDOSE la! Lepas jadi macam ni, saya hentikan penggunaan sampai kulit elok semula dalam 4-5 hari juga la. Masa ni saya lebihkan letak pelembap pada tempat kering menggelupas tu. Bila dah baik, saya sambung guna OXY5 sehingga sehingga sekarang dengan peraturan yang betul..hehehe.
Ada kawan cadangkan guna T3 Mycin. Antibiotik luaran untuk sapu pada jerawat. Sangat berkesan! Sila baca di entry berikut: T3 Mycin
Jadi sekarang saya hanya guna je OXY 5% je selalu. Pada harga yang sangat murah, OXY5 sangat berkesan untuk kulit saya!! Anda pula bagaimana?
**** TAK PERLU BACA DAH ****
Sambungan artikel ini adalah sesuai untuk dibaca oleh pengguna produk Mary Kay sahaja
PEMBERITAHUAN:
Saya tidak menjual produk Mary Kay. Entry ini adalah berdasarkan pengalaman saya semata-mata. Sila hubungi perunding kecantikan Mary Kay yang bertauliah untuk khidmat nasihat lanjut. Kalau nak saya cadangkan beberapa perunding kecantikan yang saya kenal dan komited, boleh hubungi saya. Nanti saya bagi nombor telefon mereka.
Ramai yang bertanya, "Eh, awak ada guna produk lain juga semasa guna produk Mary Kay?". Ya, saya campur produk. Sebab benzoyl peroxide hanyalah "over-the-counter-drug". Ia dikatakan tiada kena mengena dengan produk yang kita pakai. Ia mematikan kuman akne dengan membebaskan oksigen dalam pori dan menjadikan iritasi kepada bakteria tersebut lalu dia mati. Ia juga mengeringkan kulit dan mempercepat proses pengelupasan supaya jerawat cepat sembuh. Sebab tu kita kena guna pelembap dulu sebelum sapu benzoyl peroxide ni.
Bagi kulit saya, setakat ini tiada masalah pun saya guna OXY5 bersama-sama produk Mary Kay. Sebab saya guna OXY5 tu bersama-sama pelembap (Oil-Free Hydrating Gel) yang melembapkan kulit dengan cara mengawal/menyeimbangkan pengeluaran minyak semulajadi. Lagi cepat jerawat nanah sembuh.
Malah, Mary Kay pun ada Benzoyl Peroxide 5% dalam siri Clearproof lama 2014 yang tidak dipasarkan di Malaysia, dipanggil Clearproof Acne Treatment Gel Benzoyl Peroxide 5%. Tapi buat apa beli mahal-mahal dekat RM85 bila tukar matawang Malaysia. Ada perunding kecantikan Mary Kay Malaysia sendiri tidak tahu akan kewujudan produk ini di pasaran sejak 2014 di UK, Nigeria dan lain-lain negara. Di USA sendiri mungkin lebih awal daripada 2014 pasarannya, saya tak pasti. Saya pernah tengok kawan saya guna di UK, tetapi tiada di Malaysia. Pada masa yang sama, siri Acne Treatment hitam putih yang biasa dijual di Malaysia pada waktu itu juga ada dijual di sana. Dalam siri hitam putih tu, ubat jerawat dipanggil Spot Solution dengan bahan aktif 2% asid salisilik. Tapi kini yang siri hitam putih tu sudah discontinued.
Buat masa ni, saya kan dah beli OXY5 yang amat murah ni dan masa beli tu, Mary Kay Clearproof Spot Solution yang baru (gambar di atas) belum ada di pasaran lagi sehinggalah 1 Julai 2017. Saya baru sahaja order satu pada 12 Julai 2017 daripada perunding kecantikan saya dan mungkin sampai bulan Ogos nanti. Saya akan buat ulasan produk untuk Clearproof Spot Solution 2% Salicylic Acid pula nanti.
Jadi sekarang saya hanya guna je OXY 5% je selalu. Pada harga yang sangat murah, OXY5 sangat berkesan untuk kulit saya!! Anda pula bagaimana?