The Junni Skincare Testimoni / Customer reviews

I just googled for a safe skincare without mercury and other dangerous chemicals, so I found this product called The Junni Skincare. I think this product is only available in Malaysia. The models are so beautiful and flawless. Well, no wonder the packaging is designed to be cute and catchy too. This product is said to be suitable for both men and women. So, to those who want to become handsomely gorgeous and beautifully flawless, you should try this product!

Saya baru sahaja google produk kecantikan wajah yang selamat dan tidak mengandungi merkuri. Terjumpa pula produk yang berjenama The Junni. Model-model produk ini sangatlah lawa, di samping pengbukusan produk yang juga cantik dan comel! Warna pink gitu, memang menambat hati para gadis. Tapi, produk ini sebenarnya sesuai untuk lelaki dan wanita. Kalau lelaki nak jadi hensem, flawless dan jambu gitu, boleh lah cuba agaknya!



Let's look at the customers' positive reviews:
Jom kita lihat testimoni yang amat positif berikut:

















SET YANG TERDAPAT DALAM THE JUNNI SKINCARE
Produk The Junni ini ada bebarapa set iaitu Normal Set, Basic Set dan Acne set. Boleh rujuk gambar-gambar di bawah untuk sedikit gambaran dan fungsi setiap set tersebut.









Bagaimana pula dengan harga produk The Junni?
Normal set boleh didapati dengan harga RM60.00. Saya juga tidak pasti tentang harga yang tepat kerana ia bergantung kepada promosi dan agen yang menjual produk ini. Mungkin anda boleh rujuk gambar-gambar berikut untuk sedikit pencerahan. Selanjutnya, bolehlah menghubungi agen sah The Junni untuk harga yang tepat.




KOTAK DAN PEMBUNGKUSAN THE JUNNI
Sangat menarik dan menawan hati. Kalau nak tahu bagaimana, boleh rujuk gambar-gambar berikut.
Sangat comel!





ANNOUNCEMENT:
I don't sell this product. I am not even paid to promote this product too. Please kindly contact the registered The Junni agent for more information. 

PEMBERITAHUAN:
Saya tidak menjual produk ini. Saya juga tidak dibayar untuk mempromosikan produk ini. Sila hubungi agen sah The Junni untuk khidmat nasihat lanjut.

Hubungi agen The Junni: Syakirah atau email beliau kepada syakierahjaafar@gmail.com

Product Review: T3 Mycin

This post is written in Malay language.


Gambar T3 Mycin Clindamycin Lotion 1%

Sebelum ini saya ada buat ulasan produk untuk OXY5 Benzoyl Peroxide Regular sebagai rawatan jerawat saya, boleh rujuk *siniProduk kali ini yang saya nak kenalkan ialah T3 Mycin. Biasanya dijual atas rak yang sama dengan OXY5 di mana-mana farmasi. Kadang-kadang kena tanya jurual kalau tak jumpa kat rak. Kawan saya yang cadangkan T3 Mycin ni untuk jerawat. Dia beli yang jenis lotion (cecair putih macam air je) dalam RM25.00 gitu, seperti gambar di atas. Tapi saya beli yang jenis gel (gel jernih pekat) pada harga RM27.90, seperti gambar di bawah. Saya baru je beli pada 27 Ogos 2017, sebelum ni saya guna OXY5, lepas tu Mary Kay Spot Solution. Saya baru saja nak cuba T3 Mycin ni.

Gambar T3 Mycin Clindamycin Gel 1%

Kali ni nak cerita pengalaman kawan saya sahaja yang guna T Mycin jenis cecair (lotion). Lain kali baru cerita pengalaman saya pula guna T3 Mycin jenis gel. Macam ni, masa tu kawan saya ni dia baru sahaja guna Mary Kay macam saya. Selepas seminggu guna MK skincare, dia mengalami healing crisis juga iaitu jerawat dalam kulit dia habis keluar. Sehari selepas guna Mary Kay Botanical Effects Mask Formula 2, jerawat nanah keluar di sekitar bibir dia segagai *krisis penyembuhan. Jadi, dia pun guna T3 Mycin Lotion ni sapu pada semua  jerawat tu.Selepas seminggu, memang hilang licin!



CARA PENGGUNAAN: Masa dia guna T3 Mycin ni, dia tak guna apa-apa produk lain termasuk pencuci muka dan sebagainya. Hanya cuci guna air sahaja dan tidak berbedak atau mekap langsung. Kiranya sangat berkesan la kan? hehehe..Dia sapu setiap malam sebelum tidur pada jerawat sahaja. Tiada parut yang tinggal kerana jerawat ni jenis yang tak tinggal parut kot. Tapi ada saya baca kat blog-blog pengguna lain, diorang guna T3 Mycin ni macam cara saya guna OXY5 saja. Maknanya, selepas basuh muka bersih-bersih, pakai pelembap lalu sapu T3 Mycin pada jerawat. InsyaAllah kesannya sama juga macam kawan saya ni! Anda pun cuba lah! 

PANTANG LARANG: Saya ada baca yang T3 Mycin ni adalah sejenis antibiotik iaitu membunuh kuman. Jadi, penggunaannya tidak boleh terlalu lama. Kalau kita guna tanpa nasihat daripada doktor, ahli farmasi dan pakar kulit, sebaiknya kita guna T3 Mycin ni dalam tempoh tertentu sahaja iaitu berhenti penggunaan sebaik sahaja jerawat sembuh. Sebab nanti kuman akne tu jadi kalis dan terbiasa dengan T3 Mycin maka diorang jadi kebal. Bila kita guna lagi lain kali, produk ini tidak akan berkesan lagi buat kita. Begitulah cara senangnya yang saya boleh terangkan.

Selamat mencuba!