Product Review: T3 Mycin

This post is written in Malay language.


Gambar T3 Mycin Clindamycin Lotion 1%

Sebelum ini saya ada buat ulasan produk untuk OXY5 Benzoyl Peroxide Regular sebagai rawatan jerawat saya, boleh rujuk *siniProduk kali ini yang saya nak kenalkan ialah T3 Mycin. Biasanya dijual atas rak yang sama dengan OXY5 di mana-mana farmasi. Kadang-kadang kena tanya jurual kalau tak jumpa kat rak. Kawan saya yang cadangkan T3 Mycin ni untuk jerawat. Dia beli yang jenis lotion (cecair putih macam air je) dalam RM25.00 gitu, seperti gambar di atas. Tapi saya beli yang jenis gel (gel jernih pekat) pada harga RM27.90, seperti gambar di bawah. Saya baru je beli pada 27 Ogos 2017, sebelum ni saya guna OXY5, lepas tu Mary Kay Spot Solution. Saya baru saja nak cuba T3 Mycin ni.

Gambar T3 Mycin Clindamycin Gel 1%

Kali ni nak cerita pengalaman kawan saya sahaja yang guna T Mycin jenis cecair (lotion). Lain kali baru cerita pengalaman saya pula guna T3 Mycin jenis gel. Macam ni, masa tu kawan saya ni dia baru sahaja guna Mary Kay macam saya. Selepas seminggu guna MK skincare, dia mengalami healing crisis juga iaitu jerawat dalam kulit dia habis keluar. Sehari selepas guna Mary Kay Botanical Effects Mask Formula 2, jerawat nanah keluar di sekitar bibir dia segagai *krisis penyembuhan. Jadi, dia pun guna T3 Mycin Lotion ni sapu pada semua  jerawat tu.Selepas seminggu, memang hilang licin!



CARA PENGGUNAAN: Masa dia guna T3 Mycin ni, dia tak guna apa-apa produk lain termasuk pencuci muka dan sebagainya. Hanya cuci guna air sahaja dan tidak berbedak atau mekap langsung. Kiranya sangat berkesan la kan? hehehe..Dia sapu setiap malam sebelum tidur pada jerawat sahaja. Tiada parut yang tinggal kerana jerawat ni jenis yang tak tinggal parut kot. Tapi ada saya baca kat blog-blog pengguna lain, diorang guna T3 Mycin ni macam cara saya guna OXY5 saja. Maknanya, selepas basuh muka bersih-bersih, pakai pelembap lalu sapu T3 Mycin pada jerawat. InsyaAllah kesannya sama juga macam kawan saya ni! Anda pun cuba lah! 

PANTANG LARANG: Saya ada baca yang T3 Mycin ni adalah sejenis antibiotik iaitu membunuh kuman. Jadi, penggunaannya tidak boleh terlalu lama. Kalau kita guna tanpa nasihat daripada doktor, ahli farmasi dan pakar kulit, sebaiknya kita guna T3 Mycin ni dalam tempoh tertentu sahaja iaitu berhenti penggunaan sebaik sahaja jerawat sembuh. Sebab nanti kuman akne tu jadi kalis dan terbiasa dengan T3 Mycin maka diorang jadi kebal. Bila kita guna lagi lain kali, produk ini tidak akan berkesan lagi buat kita. Begitulah cara senangnya yang saya boleh terangkan.

Selamat mencuba!

10 comments:

  1. Salam, sy pakai t3 mycin lotion ni bila perlu je. Ada apa2 side effects tak if pakai lebih dari 6 bulan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pakai hari2 berterusan selama 6 bulan tu rasanya x disarankan. Tapi kalau pakai "bila perlu" dlm tempoh seberapa lama pun xpe rasanya. Contoh, kita pakai atas jerawat masa dia naik sakit je...bila kecut sembuh, stop la kat jerawat tu. Pakai kat jerawat lain plak. hehe. Sy pakai yg T3 gel, selama sebulan genap tanpa henti hari2, hampir seluruh muka sbb jerawat naik satu muka kan. Mmg BERKESAN! After genap 30 hari, sy stop sbb jerawat degil tu dh sembuh after 30hari. Pastu sy x pakai dh T3 Mycin, guna benda lain (Spot Solution Mary Kay) plak. Nanti in the future kalau naik jerawat teruk lagi mcm ni, sy akan pakai semula T3 Mycin. Saje sy nk jarak2kan waktu gitu....supaya berkesan. Supaya org kata dia x jadi kalis dan xde kesan dh lain kali.

      Delete
    2. Alright sis, faham dah. Thanks for explanation. Hehe.

      Delete
  2. Hello, hope boleh follow balik untuk lihat produk ekzema.Kalau boleh share kepada mereka yang ada masalah Ekzema. TQ.

    https://tipsrawateczema.blogspot.my/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Daddy KK. Sy sudah balas kunjungan anda dan follow anda juga. Moga terus maju!

      Delete
  3. Baru nak beli esok.. Harap boleh sembuh mcm awk.. Amin

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum . Sy beli t3 pimple gel smlm Rm16 . Sy try pakai semalam slepas pakai pencuci muka,toner n moisturiser . Ad yang kecut ad yang tak . Tapi sy nk try beli t3 mycin ni pulak hehe . Sbb sblum sy beli t3 ni sy google dulu nk tgk feedbck mcm mana. Tapi kbykannya guna yang mycin ni. Tapi sy pergi farmasi takde yang mycin. Yng ad gel ni . Pakai picit.

    ReplyDelete
  5. Boleh tak t3 mycin digunakan untuk jerawat pasir

    ReplyDelete
    Replies
    1. Whiteheads kecik2 tu ke? x sure pula. Mcm x kot. Sbb whiteheads n blackheads terjadi sbb clogged sebum, sel kulit mati dan kotoran dlm pores. Jd cara hilangkan ialah dgn guna clay mask, cuci muka guna electronic brush, pelekat hidung dan byk lagi cara. Tp T3 Mycin ni kalo sy, utk jerawat komedo tertutup (xde mata) menjadi sbb lama2 dia keluar mata.

      Delete