Product Review: T3 Mycin

This post is written in Malay language.


Gambar T3 Mycin Clindamycin Lotion 1%

Sebelum ini saya ada buat ulasan produk untuk OXY5 Benzoyl Peroxide Regular sebagai rawatan jerawat saya, boleh rujuk *siniProduk kali ini yang saya nak kenalkan ialah T3 Mycin. Biasanya dijual atas rak yang sama dengan OXY5 di mana-mana farmasi. Kadang-kadang kena tanya jurual kalau tak jumpa kat rak. Kawan saya yang cadangkan T3 Mycin ni untuk jerawat. Dia beli yang jenis lotion (cecair putih macam air je) dalam RM25.00 gitu, seperti gambar di atas. Tapi saya beli yang jenis gel (gel jernih pekat) pada harga RM27.90, seperti gambar di bawah. Saya baru je beli pada 27 Ogos 2017, sebelum ni saya guna OXY5, lepas tu Mary Kay Spot Solution. Saya baru saja nak cuba T3 Mycin ni.

Gambar T3 Mycin Clindamycin Gel 1%

Kali ni nak cerita pengalaman kawan saya sahaja yang guna T Mycin jenis cecair (lotion). Lain kali baru cerita pengalaman saya pula guna T3 Mycin jenis gel. Macam ni, masa tu kawan saya ni dia baru sahaja guna Mary Kay macam saya. Selepas seminggu guna MK skincare, dia mengalami healing crisis juga iaitu jerawat dalam kulit dia habis keluar. Sehari selepas guna Mary Kay Botanical Effects Mask Formula 2, jerawat nanah keluar di sekitar bibir dia segagai *krisis penyembuhan. Jadi, dia pun guna T3 Mycin Lotion ni sapu pada semua  jerawat tu.Selepas seminggu, memang hilang licin!



CARA PENGGUNAAN: Masa dia guna T3 Mycin ni, dia tak guna apa-apa produk lain termasuk pencuci muka dan sebagainya. Hanya cuci guna air sahaja dan tidak berbedak atau mekap langsung. Kiranya sangat berkesan la kan? hehehe..Dia sapu setiap malam sebelum tidur pada jerawat sahaja. Tiada parut yang tinggal kerana jerawat ni jenis yang tak tinggal parut kot. Tapi ada saya baca kat blog-blog pengguna lain, diorang guna T3 Mycin ni macam cara saya guna OXY5 saja. Maknanya, selepas basuh muka bersih-bersih, pakai pelembap lalu sapu T3 Mycin pada jerawat. InsyaAllah kesannya sama juga macam kawan saya ni! Anda pun cuba lah! 

PANTANG LARANG: Saya ada baca yang T3 Mycin ni adalah sejenis antibiotik iaitu membunuh kuman. Jadi, penggunaannya tidak boleh terlalu lama. Kalau kita guna tanpa nasihat daripada doktor, ahli farmasi dan pakar kulit, sebaiknya kita guna T3 Mycin ni dalam tempoh tertentu sahaja iaitu berhenti penggunaan sebaik sahaja jerawat sembuh. Sebab nanti kuman akne tu jadi kalis dan terbiasa dengan T3 Mycin maka diorang jadi kebal. Bila kita guna lagi lain kali, produk ini tidak akan berkesan lagi buat kita. Begitulah cara senangnya yang saya boleh terangkan.

Selamat mencuba!

43 comments:

  1. Salam, sy pakai t3 mycin lotion ni bila perlu je. Ada apa2 side effects tak if pakai lebih dari 6 bulan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pakai hari2 berterusan selama 6 bulan tu rasanya x disarankan. Tapi kalau pakai "bila perlu" dlm tempoh seberapa lama pun xpe rasanya. Contoh, kita pakai atas jerawat masa dia naik sakit je...bila kecut sembuh, stop la kat jerawat tu. Pakai kat jerawat lain plak. hehe. Sy pakai yg T3 gel, selama sebulan genap tanpa henti hari2, hampir seluruh muka sbb jerawat naik satu muka kan. Mmg BERKESAN! After genap 30 hari, sy stop sbb jerawat degil tu dh sembuh after 30hari. Pastu sy x pakai dh T3 Mycin, guna benda lain (Spot Solution Mary Kay) plak. Nanti in the future kalau naik jerawat teruk lagi mcm ni, sy akan pakai semula T3 Mycin. Saje sy nk jarak2kan waktu gitu....supaya berkesan. Supaya org kata dia x jadi kalis dan xde kesan dh lain kali.

      Delete
    2. Alright sis, faham dah. Thanks for explanation. Hehe.

      Delete
  2. Terima kasih Daddy KK. Sy sudah balas kunjungan anda dan follow anda juga. Moga terus maju!

    ReplyDelete
  3. Baru nak beli esok.. Harap boleh sembuh mcm awk.. Amin

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum . Sy beli t3 pimple gel smlm Rm16 . Sy try pakai semalam slepas pakai pencuci muka,toner n moisturiser . Ad yang kecut ad yang tak . Tapi sy nk try beli t3 mycin ni pulak hehe . Sbb sblum sy beli t3 ni sy google dulu nk tgk feedbck mcm mana. Tapi kbykannya guna yang mycin ni. Tapi sy pergi farmasi takde yang mycin. Yng ad gel ni . Pakai picit.

    ReplyDelete
  5. Boleh tak t3 mycin digunakan untuk jerawat pasir

    ReplyDelete
    Replies
    1. Whiteheads kecik2 tu ke? x sure pula. Mcm x kot. Sbb whiteheads n blackheads terjadi sbb clogged sebum, sel kulit mati dan kotoran dlm pores. Jd cara hilangkan ialah dgn guna clay mask, cuci muka guna electronic brush, pelekat hidung dan byk lagi cara. Tp T3 Mycin ni kalo sy, utk jerawat komedo tertutup (xde mata) menjadi sbb lama2 dia keluar mata.

      Delete
  6. Hi sis nak tanya. Cane nak pakai mycin ni? And dia sama dengan dalacin t ye?

    Mycin ni terus sape dekat pipi guna jari or guna cotton pad or ada provide roller?

    Anyways thank you in advance

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, lebih kurang fungsi ngn Dalacin T 1% tu. Kalo nk elok, semua jenis ubat jerawat kna guna cotton bud... utk elak kuman berjangkit. Guna cotton bud berbeza utk kwsn jerawat yg berbeza. Tp sy main sapu pakai jari je ape2 pn...hihi. Cuma ingat, jgn pakai terlalu lama brand yg sama/ kandungan yg sama...dikhuatiri bakteria tu jd kebal pulak (Antibiotic Resistance). sebulan tu ok dh. Tukar brand/kandungan lain pula. Contoh: mula2 guna T3 Mycin (Clindamycin 1%) selama sebulan dua...next month guna OXY (Benzoil peroxide 5% or 10%) pula. Pastu cuba brand lain yg guna bahan lain mcm Salicylic Acid plak sebulan. Pastu ulang la plak T3 Mycin. Atau guna Dalacin T plak. hehe

      Delete
  7. assalam sis , tapi ada orang kata kalau dh guna satu produk tu xboleh main tukar je , sbb kulit kita akan ambik masa nk sesuaikan dengn produk yg kita guna.. kakau tukar2 nanti jerawat akan naik teruk

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ke... Kalau produk mcm pencuci muka ke shampu, mmg ya. Tp mcm ubat jerawat mcm T3 Mycin ni antibiotik (luaran). Mmg x elok guna lebih waktu. Kena ikut saranan ahli farmasi/doktor utk tempoh tertentu. Biasanya lepas tu dia cadang guna produk lain pula bila dh x menjadi.

      Delete
    2. Eh...x jwb salam...ahahaha...waalaikumussalam.

      Delete
  8. Assalamualaikum sis.... Dahulu muka sy elok sahaja..xde sebarang jerawat. Akibat dari salah memakai produk, muka sy keluar byk jerawat. Jerawat nanah² terlalu banyak tau sis. Mula dia bahagian dagu, kemudian ke pipi..sampai la ke dahi..kiranya keseluruhan muka. Sy ada pergi jumpa doc, doc beri ubat antibiotik dan krim sapu.. Sangat elok ubatnya. Sampai jerawat sikit je keluar. Sekarang doc dah stopkan ubat tu sbb ubat jenis antibiotik. Jerawat yg tinggal skarang ni ada di bahagian rahang bawah pipi... Jadi sekarang sy baru je cuba pakai T3 mycin jenis dab dab kat muka tu..baru pakai 2 hari.. Jerawat surut & x nampak lagi dia tumbuh merata2 dah... Best pakai. Sejuk..lagi pon doc yang sarankan sy guna T3. Sy harap lepas ni xda dah jerawat naik... Dah setahun lebih muka sy ada jerawat teruk. Ni baru beransur baik..tapi ada naik jerawat halus kecik kat dahi..camne nak hilangkan ye sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, bestnya! Btul tu, byk juga klinik yg suggest T3 Mycin. Merujuk kpd soalan, 'Jerawat halus' yg mcm mana? Closed comodones (mcm pasir besar yg x bermata) ke atau jerawat pasir kecik2 yg nampak keluar nasi? Sis rujuk sini:

      https://thebeautyofsplendid.blogspot.com/2017/07/jenis-jenis-jerawat-di-muka.html

      Kalo sy, untuk Closed comodones (mcm pasir besar yg x bermata)... menjadi juga guna T3 Mycin atau OXY5. Tp ambik masa. Dalam dua minggu dia keluar mata. Pastu bila dh tua, isinya btul2 keras/kering...picit keluar (Oppps...not recommended hahaha) Tapi berhasil utk sy!!! Terus sembuh.
      Untuk jerawat pasir yg nampak keluar nasi, sy mmg xde dah. Sbb selalu pakai facial mask atau guna mesin berus muka tu (jgn berus kat kwsn jerawat lain!). Sbb T3 Mycin/OXY5 xleh tackle masalah jerawat nasi/blackhead ni.

      Note: Skrg alhamdulillah muka sy dh mcm licin huhuhu (walaupun parut byk ya Rabbi....hitam2 gelap2..haha). Sy mula guna Calamine Lotion setiap malam bawa tido, esok basuh. Tempek kwsn ada jerawat je. Sgt2 cepat kering. Nanti sy nk buat juga entry pasal tu. Tapi for the time being, sis google je "Calamine Lotion to cure acne"... Tapi x semua org sesuai. Kulit sy jenis berminyak. Jd sgt2 sesuai.

      Selamat mencuba!

      Delete
  9. Saya baru nak mencubaa. .Hope okayylaa

    ReplyDelete
  10. Sy pun bru je apply 3hr.jerawat pasir ,jerawat buta ..nmpk prubhn even slow ..jerawat makin kecut .. Hopefully after 1month nnt smkin pulih la .. Nk jugak try t3 gel ..

    ReplyDelete
  11. Memang bagus untuk penyelesaian jerawat degil... Dari berhabis duit guna rawatan yg blm tntu menyembuhkan... Guna t3 amat² berpuasa hati... Hilang semua mslh jerawat..

    ReplyDelete
  12. Hi nk tnya,cream tidact dgn t3 ni sama function ke? Cause I pakai tidact tk jln jugak tu yg nk try t3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh yeke...cuba la T3 Mycin kot2 menjadi kan. Tapi mmg fungsi dan kandungannya sama...Tidact ada clindamycin phosphate, T3 Mycin ada clindamycin dehydrogen phosphate. Tapi kalu T3 Mycin pun x jadi, maknanya jerawat awk ni x layan sgt la ngn clindamycin. Cuma guna produk yg mempunyai kandungan lain pulak, contoh benzoil peroxide (jenama OXY ada) atau salicylic acid (mcm2 jenama ada). Sy sekarang x guna dh smua ni. Sy lebih suka guna 'calamine lotion' ape2 jenama pun xpe. Sgt menjadi dgn sy.

      Delete
  13. Hi kak,nak tanya ,i baru je beli T3 mycin ,jerawat saya adalah side effect of steroid (taking it due to operation ) Im already using T3 adapalene gel 0.1% tapi yg tu guna malam sahaja since yg gel tu tak boleh kena UV light,so only every night i should use it seems (adviced by pharmacist) sebabkan i guna adapalene tu malam je i takde cream tuk siang ,masa i tanya pharmacist recommend Mycin ..Akak guna Mycin totu twice a day ke atau cam mane? Thank you in advance

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai... I used T3 Mycin overnight...applying it right before bedtime. I used this product to cure my acne pimples then stopped right after they were all healed (I think for about a month or two). Now I don't use T3 Mycin anymore because I don't have such severe pimples anymore. I rather use calamine lotion which works wonder to my face.

      Delete
    2. hai... I used T3 Mycin overnight...applying it right before bedtime. I used this product to cure my acne pimples then stopped right after they were all healed (I think for about a month or two). Now I don't use T3 Mycin anymore because I don't have such severe pimples anymore. I rather use calamine lotion which works wonder to my face.

      Delete
  14. Replies
    1. Dah tulis dalam aritikel di atas.... antara RM25.00 hingga RM30.00.

      Delete
  15. Sya pun bru beli tdi...tgk ramai review bgus.. Asalnya nak beli dalacin t.. Tp farmasi ckp tu skrng susah nak dpt kat farmasi... Kt farmasi rmai dh kena stop jual tu sbb klau nak dptkan kena pemeriksaan doktor dlu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh yeke... nasib baik masih boleh beli T3 Mycin di farmasi.

      Delete
  16. Memang kena pakai sebelum tidur je ke? Tak boleh pakai masa bangun tidur ke sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. x sure sbb xde ckp pula di prescription dia...tp sy guna sblm tido.

      Delete
  17. Farmasi mana ya beli? Sbb susah gila nak cari skrg��

    ReplyDelete
    Replies
    1. farmasi biasa2 je di kota bharu mcm byk sy nampak. tp x pasti la sekarang. oh susah cari benda ni ye skang.

      Delete
  18. Mcm mne nak apply t3 mycin ni???
    Macm pakai pencuci muka ke..

    ReplyDelete
  19. Saya suka pakai ni sebab sebelum pkai bedak saya oles dulu. Pas tu wajah saya glowing

    ReplyDelete
  20. Sis waktu pakai mycin yg lotion to takyah pakai produk laen ke?

    ReplyDelete
  21. Mycin ni at watson ada ke?? Pkai hri2 ke camna??

    ReplyDelete
  22. Selamat ke guna produk ni semasa mengandung?

    ReplyDelete
  23. Kalau pakai mycin ni.. Boleh ke kita pakai toner n moisturzer sebelum tu.. Lpas tu bru pakai t3 mycin ni.. Jerawat sy yg mata ptih tu.. Tolong sy tq

    ReplyDelete
  24. Hai sis sya nk tnya klu pkai mycin ni berpa hari nampak kesan..sy sekrang ni megalami jerawat yg bernana2 d bahgian bwa mulut..ad kwn sorkan sy.tpi sya nk keteragan dri sis apa yg ptut sya guna selain mycin ni.da kwn dia sru sya cuna pencuci emalaya..mycin ni ok ka sis klu mcm kulit sy ni.mkin sy risau..mkin tumbuh besar jerawt bernana ni..sya tk than bahgian bibir pedih sangat..

    ReplyDelete
  25. Ya t3 ni mmg berkesan. Sy mula pakai ms sek men masa tu awal² produk ni diperkenalkan dan mmg agak cpt la kesan nya..4 5 hr camtu..

    ReplyDelete