Pelembap wajah untuk kulit berjerawat atau berminyak

Click here for English Version

Saya baru tahu betapa pentingnya pelembap untuk wajah bagi kulit berjerawat dan berminyak. Ingatkan orang kulit berminyak ni tak perlu pelembap dah. Pelembap yang sesuai amatlah penting untuk menjaga wajah daripada terhidrasi (kehilangan air/kelembapan semula jadi) selepas muka dibasuh. Untuk orang yang kulit muka berjerawat dan berminyak, perlu menggunakan pelembap yang boleh melembapkan wajah sambil mengawal pengeluaran minyak berlebihan.

Rupa-rupanya, kerap membasuh muka juga boleh mengeringkan kulit dan menghilangkan kelembapan semula jadi yang Tuhan buat. Sebab tu kita kena lap muka kering-kering terus selepas basuh muka dan sapu pelembap dengan segera. Ini kerana air yang kita biarkan kering dengan sendiri tu akan menarik segala kelembapan dalam kulit kita. Baru saya tahu!!! Bukan lagi lembap kulit kita, jadi makin kering dalaman (terhidrasi). Bila muka kering, jerawat mula nak naik, kulit menggelupas berkerak dan jadi sensitif kemerahan apabila kena pencuci muka berbuih.


Sumber Gambar The Picta

Saya menggunakan pelembap yang diberi nama Oil-free Hydrating Gel (OFHG) keluaran Mary Kay. Harganya RM138.00 dan sepatutnya boleh tahan 4-6 bulan bagi penggunaan yang berpatutan. Saya guna satu bulan setengah je dah habis sebab boros semasa proses pemulihan wajah dan jerawat banyak.**baca siniBekas kedua ni harap-harap tahan lebih lama la.

CARA GUNA: Tekstur OFHG ni seperti gel yang tidak melekit. Ia sejuk seperti air. Saya sapu satu muka sebaik sahaja selesai basuh muka dan sapu toner (penyegar wajah). **Sila baca entry yang lepas untuk rutin yang saya amalkanGuna sudu kecil yang disediakan untuk ambil sedikit OFHG ini daripada bekasnya. Lalu letak kat jari dan sapu seluruh wajah dengan urutan dari bawah ke atas. Mlakan dengan bahagian bawah muka seperti leher dan dagu, seterusnya ke atas sehinggalah kawasan dahi. Satu sudu sudah cukup untuk sapu seluruh wajah. Siap!

Berikut adalah fungsi dan kelebihan pelembap OFHG ni. Saya petik daripada laman instagram perunding kecantikan kepada adik saya. Beliau merupakan seorang perunding kecantikan yang sangat komited. Kalau nak beli, bolehlah hubungi beliau.


KELEBIHAN OIL-FREE HYDRATING GEL:

# Gel yang tidak berminyak, tak melekit dan sgt senang meresap dalam kulit
--Komen saya: Kalau pakai tebal melekit juga rasanya. Kena tunggu bagi kering dulu baru sapu makeup seperti alas bedak dan lain-lain.

# Mengecutkan jerawat dgn cepat
--Komen saya:  Yang ni bagi saya TIDAK kot. Sebab memang dah 2 bulan guna. Saya letak tebal pada jerawat, tapi tak kering cepat pun. 2 3 minggu baru sembuh. Saya guna OXY5 beli di farmasi untuk kecutkan jerawat. 

# Menyejukkan dan menyegarkan kulit wajah especially yg kerja outdoor dan sunburn
--Komen saya: Memang sejuk macam air, tapi kejap je la...sapu balik, sejuk balik. Ia sangat elok disapu lepas kena panas terik matahari.

# Menghidrasi kulit sehingga 10 jam
--Komen saya: YA BETUL. Kulit jadi sangat-sangat lembap. Sekarang saya guna pagi lepas cuci muka dan malam sebelum tidur sahaja. Dulu setiap kali lepas basuh muka untuk solat, saya sapu semula. Sekarang tidak perlu. Lepas solat zohor sampai la isyak tu memang muka saya tak pakai OFHG dah. Tiada apa-apa pelembap, hanya toner (saya guna Freshen BE Formula 2). TETAPI, kalau saya rasa kulit akan kering sebab aircond dan sebagainya, saya akan sapu OFHG ni. 

# Melicin, melembut dan menghaluskan kulit wajah
--Komen saya: Yang ni susah nak cakap sebab muka tak licin lagi. Tapi kulit memang lembut la walaupun ada jerawat.

# Percepatkan proses detox (pembuangan toksin) kulit daripada kimia produk sebelum ni
--Komen saya: Memang BETUL ni. Sebab tu jerawat keluar banyak. Tapi dah tak semeriah dulu.

# Percepatkan proses rawat struktur kulit yg rosak dan bina balik lapisan kulit yang terhakis.
--Komen saya: Memang BETUL la kot. Dia tangah rawat kulit wajah saya la ni.


Bagaimana pula pelembap untuk kulit kering? Adik kepada OFHG tadi ada yang bernama Intense Moisturizing Cream yang diciptakan khas untuk kulit kering sahaja yang tiada jerawat bagai. Saya guna juga IMC ni untuk tempat-tempat yang kering di wajah saya sepertudagu. Tak tahu la kenapa dagu saya kering berkerak menggelupas. Saya amalkan pakai IMC ni seminggu, terus sembuh.


Sekarang terus amalkan, di dagu sahaja. Dulu masa kering di bahagian tepi bibir sebab guna pencuci muka berbuih, saya sapu IMC ni la. Saya tak beli pun IMC ni! Sebab dah beli OFHG kan. Tapi perunding kecantikan saya bagi paket kecil yang pek percubaan 1g (tester) punya dua pek. Terus sembuh dengan izinNYA, alhamdulillah. Sampai sekarang tester tu belum habis saya guna. Ada satu paket lagi tak buka. Jimat kan? Tahan lama sangat. Percuma pulak tu! Mugkin sbb pernah guna seminggu di tepi bibir dan seminggu di dagu sahaja. tapi dua minggu untuk paket kecil 1g, saya rasa masih penjimatan hebat tu!



Sila baca fungsi dan kelebihan Intense Moisturizing Cream ni dalam gambar berikut:


SAYA SUKA! SAYA SUKA!

...KEEP CALM AND CARRY ON....

PENAFIAN:
Saya tidak menjual produk ini. Entry ini adalah berdasarkan pengalaman saya semata-mata. Sila hubungi perunding kecantikan Mary Kay yang bertauliah untuk khidmat nasihat lanjut.

2 comments:

  1. salam ninie. akk dah gatal tangan nak try mary kay! tapi set clinique lama, baru buka new set... dah la botol gemok2..200ml 200mg..huaa lamaaa lagi nak abiss ni. kat fb akk, lalu lalang kawan2 up psl mary kay.... getar tulang rusuk kakak taw..hahhaa

    ReplyDelete
  2. boleh la k.sha cuba pasni...hehe. Tapi abiskan dlu la yg lama...jgn membazir plak! haha

    ReplyDelete