Cara hilangkan bau ketiak busuk

Click here for English Version

Entry ini ada unsur TIDAK MALU demi perkongsian ilmu...kihkihkih.


Saya tidak pernah mengalami bau badan yang ketara kerana selama ni, saya guna roll-on deodorant anti-peluh setiap kali keluar rumah sejak daripada tingkatan tiga lagi. Memang berkesan untuk menghalang masalah ketiak berbau untuk aktiviti di luar rumah. Tapi, bila kat rumah saya tak pakai deodoran, ketiak mula berbau tengik setiap kali berpeluh.

Jadi apa saya pakai untuk mengatasi masalah ni?


Untuk mengatasi masalah ketiak berbau tengik setiap kali berpeluh jika tidak memakai deodoran komersial, kini saya hanya menggunakan Deo Body Spritzer keluaran Mary Kay. Baru je mula guna! Jadi kali ni saya nak buat ulasan produk (product review) sikit sebab kagum sangat.

Product review: Mary Kay Deo Body Spritzer
Lotus and bamboo


Mula-mula kenal Deo Body Spritzer ni sebab terbaca blog akak sorang ni dalam bulan Jun 2017, dia perunding kecantikan Mary Kay. Masa tu saya tengah google mencari deodoran untuk pakai hari-hari di rumah yang selamat dan tidak mengandungi bahan merbahaya. Masa tu dalam seminggu nak raya. Saya tengah risau dengan masalah ketiak berbau semasa berpeluh apabila saya tak pakai deodoran. Walaupun duduk rumah aje dan tak de sape pun nak cium ketiak tu, tapi saya rasa tak selesa sangat. Saya memang dah terbiasa pakai deodoran yang dibeli di pasaran tu sejak di zaman sekolah menengah. Boleh dikatakan dah lebih kurang tiga belas tahun tanpa henti menggunakan deodoran anti-peluh komersial. Sebab tu bila tak pakai deodoran, ketiak akan berbau tengik semasa berpeluh. Lepas tu, saya dah nekad tak nak guna deodoran lagi.


Lusa tu dah nak raya, adik saya pun terus menghubungi perunding kecantikan Mary Kay yang terdekat dengan rumah kami. Sehari sebelum raya pada 24 Jun 2017, dia datang hantar. Saya bayar Deo Body Spritzer ni dengan harga RM138.00 (147ml). Perunding kecantikan yang jual ni sendiri pun tak pernah pakai benda alah ni sebab dia tak ada masalah macam ni…hihihi. Sebelum beli tu saya rasa macam mahal sangat. Tapi bila baca macam-macam ulasan (review) yang elok-elok, saya pejam mata la. Sebab tak nak beraya dengan ketiak busuk tengik. Malam tu juga saya cuba produk ni selepas mandi. Saya sembur di kedua belah ketiak. Baunya wangi seakan-akan bau bunga melur (jasmine). Pelik juga sebab katanya mengandungi ekstrak bunga teratai dan buluh. Tapi apa-apapun, baunya wangi la.

Al-kisahnya, pagi esoknya hari raya. Selepas mandi pagi raya, saya sembur dua kali di ketiak. Memang ajaib betul! Ketiak saya tidak berbau apa-apa seharian walaupun berpeluh. Peluh di ketiak pun cepat kering, ajaib. Hari raya, al-maklumlah kan memang sibuk ke sana ke mari berpanas berpeluh. Ruang legar rumah tak ada penghawa dingin (air-cond). Raya-raya ni mana nak duduk dalam bilik tidur (ada air-cond). Ni Malaysia, bukan UK dah! Tapi tiada apa-apa bau tengik. Malam tu terus tidur tanpa mandi dulu selepas cuci muka (saya juga baru menggunakan produk muka Mary Kay pada 27 April 2017– rujuk link ni). Esoknya juga, saya tak sempat mandi sehingga tengahari sebab tetamu datang dari awal pagi tak henti-henti sampai tengahari. Terukkan tak mandi? Lumrah alam di hari lebaran, tetamu diutamakan..haha. Tapi yang ajaibnya, memang tiada sedikit bau tengik pun di ketiak! Bau wangi Deo Body Spritzer tu pun dah menghilang sebenarnya, tapi yang penting ialah BAU BUSUK TIADA. Alhamdulilah. Saya sangat berpuas hati sekarang.

Saya letak sikit dalam botol semburan kecil, mudah dibawa ke mana-mana

Kepada yang mempunyai masalah ketiak berbau semasa berpeluh jika tidak menggunakan deodoran anti-peluh, saya syorkan anda guna Deo Body Spritzer ni sebagai pengganti deodoran anti-peluh. InsyaAllah berkesan! Memang mahal rasanya sebab kena keluarkan wang RM138.00 sekali gus. Tapi katanya boleh tahan sampai 8 bulan. Entahlah, sebab saya baru aje guna kan. Saya guna jimat-jimat aje. Tapi kalau lain kali tak ada bajet, saya akan cari jenama lain pula yang lagi murah tetapi berkesan..ehehehe.

CARA GUNA: Selepas mandi, sembur Deo Body Spritzer tu tekan rapat-rapat dengan SEKALI SEMBURAN SAHAJA. Kemudian, lumur cecair semburan tu seluruh kawasan ketiak. Deo Body Spritzer ni macam air  kosong aje tekstur cecair dia, tak rasa ape-ape pun lepas kering sekelip mata. InsyaAllah, kesannya sama saja macam dua kali sembur. Lagi jimat!!! Rugi je saya sembur banyak-banyak kali masa awal-awal guna ari tu…huhu.



AMARAN: Kali pertama saya sembur tu (malam selepas mandi), saya memang boros la sebab sembur empat kali untuk sebelah ketiak sebab tak yakin. Jarak semburan pula sangat dekat dengan ketiak. Tiba-tiba lepas sembur, ketiak jadi rasa pedih sejuk gitu. Lagipun saya baru saja epilate (cabut guna mesin) bulu ketiak siang hari tu. Tapi dalam masa 5 saat gitu, terus hilang rasa pedih tadi dan tak ada sebarang keradangan dan iritasi berlaku. Jadi, kiranya Deo Body Spritzer ni sangat selamatlah untuk kulit sensitif macam saya. Kali kedua guna, saya dah cerdik la. Saya sembur dari jarak 10-12cm dari ketiak sebanyak dua atau sekali semburan sahaja! Pastu lumur guna jari ke seluruh kawasan ketiak kalau rajin. Jimat.

Selamat mencuba!!!

**Kalau nak beli benda alah ni,  boleh google je cari perunding kecantikan Mary Kay. ATAU boleh beli dengan beberapa kenalan saya yang ada ready stock. Sebab tak semua perunding kecantikan Mary Kay simpan stok Deo Body Spritzer ni. Ada yang kena order dulu.

2 comments: