Pengalaman para pengguna Mary Kay

Sebagai pengguna baru Mary Kay, saya banyak juga baca komen-komen pengguna lain dan blog-blog pengguna juga untuk lebih keyakinan tentang produk yang saya guna. Sebab nak tengok pengalaman mereka. Kebanyakan pengguna menghadapi pengalaman yang sama di awal penggunaan iaitu keluar jerawat lebih banyak selepas guna Mary Kay terutama selepas atau dalam tempoh dua bulan, macam saya alami sekarang la tu baru 2 bulan. Rujuk sini untuk lihat produk yang disyorkan kepada saya.

Macam-macam pengalaman pengguna Mary Kay ni. Jom kita rujuk gambar printscreen komen di bawah yang saya petik dari blog-blog berkaitan. Ada yang negatif, ada yang positif!

Contoh pengalaman pengguna Mary Kay skincare:









Bagi saya, pengalaman elok, kita teladani...pengalaman tak elok, kita kaji. Sila baca juga pendapat para perunding kecantikan yang komen kat mana-mana blog, ramai antara mereka yang arif dan mungkin lebih berpengetahuan daripada kita atau perunding kecantikan kita. Pengalaman pelanggan mereka juga berbeza-beza, jadi cara perawatan wajah mereka juga berbeza-beza. Tidak salah untuk minta pendapat mereka. Ramai perunding kecantikan yang tidak lokek ilmu berkongsi walaupun kita dah ada perunding kecantikan dah. Katanya "sharing is caring"? Saya suka sangat perunding kecantikan yang suka berkongsi pengalaman mereka walaupun saya bukan beli dengan mereka. Baik kan????!!! Bukan mereka nak buat consultation penuh pun. Dah kalau kebetulan perunding kecantikan Mary Kay ada depan hidung kita, tak kan tak nak borak...tak kan tak nak tanya kan...hehe. Hanya memberi pendapat sahaja. Mereka sangat membantu! 

Tapi ada juga yang tak nak komen apa-apa langsung sebab kita tak beli daripada dia, dia tak berani. Tak mengapalah. Sebab saya tahu dalam Mary Kay ni, mereka ada Golden Rules yang perlu dipatuhi macam tak boleh kacau pelanggan perunding kecantikan lain. Tapi kalau pilihan pelanggan itu sendiri untuk merujuk perunding kecantikan lain, saya difahamkan ianya tiada masalah. Kerana mereka juga ada "Go-Give" practice, mereka perlu sentiasa merelakan kerana rezeki ada di mana-mana, Tuhan yang bagi. Lagipun produk Mary Kay ni tersohor, senang je dapat pelanggan baru. Baguskan teori mereka? Keep it up!

Saya juga suka baca komen-komen pengguna di blog mana-mana perunding kecantikan ni kerana ada pengguna yang nak jual second-hand Mary Kay pun ada tau! Jadi, bagi pengguna lama yang dah biasa guna produk Mary Kay tertentu, boleh la beli daripada mereka....kalau tiba-tiba kena masa tak cukup bajet kan. Mereka jual murah, sebab dah guna sikit kan. Bagi pengguna yang baru pertama kali nak guna, saya rasa patut beli daripada perunding kecantikan dulu la sebab nak tahu produk yang mana sesuai kan...hehe.

Bye!!!


No comments:

Post a Comment