Katalog produk Mary Kay

Click here for English version

Ramai yang tanya saya, mana nak tengok semua produk Mary Kay ni sekali dengan harga. Macam saya dulu la tu! Ramai yang ingin tahu tentang produk ini sebenarnya, tapi malas dan malu nak hubungi perunding kecantikan bebas yang jual produk Mary Kay ni. Buat yang tidak tahu, produk Mary Kay hanya boleh dibeli daripada perunding kecantikan bebas berdaftar sahaja dan tiada di pasar raya atau farmasi. Satu lagi, perunding kecantikan Mary tak boleh tunjuk harga jadi pelanggan kena tanya dulu, dan dengar kata tak boleh bagi diskaun sangat sebab mengganggu perniagaan perunding kecantikan lain yang tak mampu beri diskaun. Atas sebab-sebab ini, ada pelanggan yang malu nak terus hubungi sebab tak tahu lagi nak beli ke tak kan. Saya dulu la tu!

Sebenarnya semua maklumat tentang produk Mary Kay ada di laman sesawang rasmi Mary Kay Malaysia iaitu di www.marykay.com.my. Terdapat  juga satu link untuk ke ecatalog yang anda boleh cuci mata tengok semua produk Mary Kay yang dijual di Malaysia.Sekarang ni saya lagi suka layari laman sesawang ini  untuk membaca maklumat lanjut tentang produk Mary Kay, sebab takkan saya hari-hari dan setiap jam nak ganggu perunding kecantikan saya untuk semata-mata nak tanya produk dan harga. Sedangkan kadang-kadang saya tak tahu nak beli apa pun sekadar nak cuci mata...hehe. Jadi, jangan risau!


Bawah ni ialah katalog Mary Kay keluaran Mei 2017 sehingga bila saya tak tau. Tapi yang ni kira terbaru la setakat ini.

Katalog produk Mary Kay





























Semua harga yang tertera adalah termasuk GST 6%.
Kalau nak beli dengan lebih murah , 
cari la perunding kecantikan dalam kalangan
sedara-mara sendiri kot-kot dapat diskaun.
Bodek la diorang, mana tau dapat diskaun 6% GST tu...hehe.
Saya beli daripada adik saya je,
yang juga merupakan perunding kecantikan bebas Mary Kay.
Dia selalu bagi diskaun sikit-sikit kat saya.
Jimat!!!!

Tapi saya nak pesan, tindakbalas penggunaan regimen penjagaan wajah Mary Kay ni berbeza bergantung kepada individu tau! Tindakbalas positif ini memang biasa berlaku apabila kita guna produk berasaskan botani. Maknanya, setiap pengguna biasanya akan mengalami healing crisis iaitu krisis pemulihan selama tempoh tertentu. Ada yang seminggu dua, ada yang berbulan-bulan macam saya. Jadi sebelum mencuba produk ini, bacalah dulu komen-komen pengguna lain supaya anda lebih bersedia menempuhi tempoh tersebut. Barulah anda tak berhenti sekerat jalan dan buat rugi aje la beli produk Mary Kay yang mahal ni...hehe. Kalau kosmetik dan barangan lain tu tak mengapa, memang tiada tindakbalas dan selesa digunakan oleh semua orang! 

Selamat mencuba Mary Kay!

2 comments:

  1. Yeke, best ke CT? Sy belum cuba lagi sbb masih naik jerawat...tp baru je order untuk guna ogos ni sbb jerawat mcm dh nak kurang...hehe.

    ReplyDelete